Ia sudah termaktub, tugas seorang duta tidak boleh bercampur tangan dalam hal dalaman negeri tersebut. Lagi-lagi dalam proses pilihan raya umum negara.

Hubungan diplomasi boleh menjadi rengang jika terdapat pertelingkahan antara wakil duta dan kerajaan negara. Sekali gus, memberikan kesan negatif kepada hubungan dua-hala dari aspek ekonomi, keselamatan dan pembangunan yang telah lama dibina.

Ini setelah Pakatan Harapan (HARAPAN) menggesa duta negara-negara Eropah ke Malaysia memberi tekanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar kerajaan melaksanakan pilihan raya yang adil.

Diambang ibu segala pilhan raya dan semua mata tertumpu dalam prosesnya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bekerja keras dalam memastikan proses tetap mengikut prosedur sedia ada yang teratur dan adil.

Malahan calon-calon PRU14 kini sedang menjalani tapisan integriti sepenuhnya bagi memastikan mereka tidak terlibat dengan sebarang salah laku dan kompeten dalam melakukan tugas. Langkah itu tepat bagi membina keyakinan dalam kalangan rakyat khasnya golongan muda untuk memilih pemimpin-pemimpin yang mempunyai integriti.

Bagi memastikan PRU14 berjalan dengan lancar, penugasan polis untuk bertindak adalah diarahkan untuk tidak menyebelahi mana-mana pihak pada sepanjang masa, kerana ia penting sebagai tonggak integriti utama pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here