Ketua Pemudanya, Datuk Mohd. Razlan Muhammad Rafii berkata, rasional penilaian semula caj GST untuk produk-produk perkhidmatan awam ini adalah bagi mengurangkan beban eko­­nomi dalam kalangan kelas bawah dan pertengahan.

Selain dewan orang ramai, katanya, caj perjanjian jual beli (S&P) perumahan, pembelian Rumah Wilayah Persekutuan (Rumawip) dan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) juga sepatutnya diberi pengecualian GST.

“Saya amat berharap Bajet 2018 dapat memberi pulangan hasil dan tidak membebankan golongan kelas bawah dan pertengahan. Utiliti seperti elektrik dan air juga perlu diberikan pengecualian GST.

“Yang kita minta sekarang bukan pengurangan cukai GST untuk produk-produk perkhidmatan awam ini, sebalik­nya meng­hapuskan atau me­ngecualikan terus demi mengurangkan impak bebanan ekonomi kelas bawah dan perte­ngahan terutamanya yang tinggal di ibu kota,” kata­nya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here