Pas mempunyai penyelesaian tersendiri dalam menangani bebanan dengan memperkenalkan cadangan alternatif GST yang akan disenaraikan bawah manifesto PRU14.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu akan memperkenalkan suatu alternatif berbeza menggantikan GST.

“Kita ada alternatif yang lain, melalui Buku Hijau dan Gagasan Sejahtera. Dalam manifesto kita akan bentangkan penyelesaian sendiri, mungkin tak ada GST, ” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri program Dialog Pas bersama NGO India, semalam.

Mengulas lanjut mengenai dialog yang diadakan, katanya,  program ini bertujuan memperjelaskan politik Islam kepada bukan Islam.

“Kita menerangkan politik Islam, dasar negara Islam, masyarakat majmuk, tentang penganut agama lain, termasuk memberi lebih pendedahan kepada penyelesaian, konsep adil untuk semua.

“Yang mana perlu kita amalkan, seperti yang kita amalkan di Kelantan. Yang penting kita dapat wujudkan kerajaan sifar penyelewengan dan sifar rasuah,” katanya.-Sinar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here