bajet2018

Orang ramai diajak supaya mengemukakan cadangan mereka untuk Bajet2018.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menulis di laman Facebooknya mengenai perkara tersebut.

“Anda ada peranan penting dalam pembentukan #Bajet2018, sama-sama kita membina masa depan. Kemukakan idea di //https://bajet2018.najibrazak.com,”tulisnya.

Kotak cadangan juga turut dipecahkan kepada 14 bahagian, terdiri daripada kos sara hidup, perumahan dan kehidupan bandar, perkhidmatan penjagaan kesihatan, pengangkutan dan infrastruktur, pembangunan desa, pendidikan, keselamatan awam dan ketelusan.

Belia dan sukan,kebajikan sosial, alam sekitar dan pertanian,pekerjaan, pencukaian, perniagaan dan kewangan, budaya dan pelancongan dan ekonomi digital.

Sementara itu, orang ramai menyambut baik perkara ini dan turut mengemukakan cadangan di laman Facebook milik Najib.

Di laman komen, netizen dilihat menaikkan isu-isu semasa seperti kos sara hidup, kurangkan kos perumahan dan juga kenaikan gaji.-SINAR

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here