KAMPUNG GAJAH: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua pemimpin dan ahli UMNO supaya tidak mengamalkan budaya politik burung unta dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, burung unta mempunyai saiz fizikal besar tetapi tidak boleh terbang dan melepaskan beban serta masalahnya kepada pihak lain. “Apa yang berlaku budaya burung unta, badannya besar tidak boleh terbang, bila musuh datang sorokkan kepala. “Budaya ini hendaklah dielakkan, bila musuh datang sorok kepala, jadi kita jangan ikut budaya ini, lari dari masalah dan lepaskan beban kepada orang lain,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Salak di Dewan Besar Felcra Changkat Lada, di sini, sebentar tadi.- BERITA HARIAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here