NAMA aktor Bront Palarae memang sudah terpahat dalam industri hiburan tanah air sebagai seorang personaliti yang mempunyai kelas dan kejayaan tersendiri. Bront cukup dikenali persis selebriti antarabangsa.
Bergelar pelakon sudah, pengarah pun sudah, kini Bront melebarkan sayap sebagai penerbit filem menerusi produksinya Otto Films yang diasaskan pada 2010.
Pemilik nama sebenar Nasrul Suhaimin Saifuddin, 36, ini berkata, sudah tiba masanya dia memberikan sesuatu dalam industri khususnya dalam pembikinan filem bertemakan sejarah sebagai pengertian sebenar kemerdekaan.
“Apabila umur semakin meningkat saya mula fikirkan sesuatu. Saya ingin cipta satu filem yang boleh jadi makanan jiwa, minda dan membina semangat Malaysia yang boleh dicontohi.
“Saya dan kawan-kawan akhirnya memikirkan Sabotaj untuk menanam kefahaman kepada orang ramai. Saya sebagai produser selalu berbincang negara apa yang mahu kita tinggalkan kepada anak cucu kita. 
“Saya percaya filem sentiasa akan menjadi tools yang baik untuk berikan kefahaman itu. Filem bukan semata-mata menyampaikan enakmen sejarah sebaliknya membawa penonton untuk berfikir lebih jauh,” katanya.
Sumbangan kaum Cina
Menggunakan khidmat Chew Kin Wah sebagai penulis skrip, Bront berkata, filem Sabotaj berkisarkan tentang sumbangan kaum Cina dalam usaha mendapatkan kemerdekaan.
“Zaman dahulu British rekrut orang biasa di jalanan. British latih mereka jadi spy sebelum dilepaskan semula ke jalanan dan masuk dalam anggota komunis untuk sabotaj orang komunis dari dalam.
Di sebalik apa yang berlaku dalam gerakan komunis itu ada cerita yang membawa kepada kemerdekaan kita secara tidak langsung,” katanya yang merancang memulakan penggambaran tahun hadapan.
“Saya lebih perlukan industri yang bergerak.
 
Hasilkan filem yang best barulah pelakon dapat job.
Bila pelakon dapat job, orang ramai nak tahu fasal pelakon itu, dan media pun akan dapat bahan berita. Majalah dan televisyen akan laku. Perhatian saya lebih ke arah itu,” kata bekas pengacara program Beat TV ini.
Terjun ke dunia hiburan sepenuh masa semenjak 2013, Bront telah berlakon dalam 36 filem dan dicalonkan dalam banyak anugerah seperti Festival Filem Malaysia, Anugerah Skrin, Anugerah Bintang Popular dan banyak lagi.
Dan kali ini, namanya dicalonkan sebagai Ekstra Terbaik menerusi filem Terbaik Dari Langit di Festival Filem Malaysia (FFM) kali ke-27, 2015.
12671803594_95120e638a_o
“Bagi saya bukan kemenangan itu yang paling utama. Banyak kali dicalonkan pun saya dah cukup rasa dihargai, walaupun tak menang. Apa yang saya inginkan sebenarnya adalah kejayaan industri kita itu sendiri.
“Saya nak lakukan sesuatu. Kalau saya menang banyak kali pun tapi industri kita entah ke mana-mana dan entah jadi apa, pun tak ada makna juga kan?” katanya di majlis sidang media FFM, baru-baru ini.
Sumber: Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here