Terdapat pertikaian apabila bekas Pengerusi Felda Global Venture Holdings Berhad (FGV), Tan Sri Mohd Isa Samad tidak digari semasa ditangkap sedangkan Exco Kebajikan, Masyarakat dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh pula sebaliknya.

“Dalam isu gari ini, kemungkinan besar terdapat kekeliruan pada pegawai dari segi bila individu tersebut perlu digari dan tidak, tambahan pula, undang-undang berkaitan isu ini tidak begitu jelas.

“Namun begitu, semuanya atas budi bicara pegawai yang mengendalikan kes ini dan juga mengikut keadaan semasa. Jika beliau berasakan perlu digari maka ia perlu,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), di sini hari ini.

Terdahulu, Phee Boon Poh yang juga merupakan Adun Sungai Puyu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang berhubung isu sebuah kilang haram di Permatang Pauh dan beliau dilihat bergari semasa ke mahkamah.

Bagaimanapun situasi berbeza ketika Isa Samad dibawa ke mahkamah untuk perintah reman, apabila beliau tidak digari walaupun berpakaian baju lokap berwarna oren.

Mohd Noor yang juga Ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) turut menerangkan bahawa individu mempunyai hak untuk menyaman SPRM sekiranya berasakan penangkapannya itu tidak menepati undang-undang.

“Dalam kes antara Isa Samad dan Phee Bon Poh ini, saya tidak begitu mengetahui fakta kedua-dua kes ini.

“Bagaimanapun, jika terdapat kesalahan pada pegawai bertugas semasa penangkapan individu tersebut, maka tindakan boleh diambil di bawah kesalahan tangkapan yang menyalahi undang-undang,” katanya.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here