SETELAH mengaut keuntungan berbilion pound menerusi saham yang dibeli dalam syarikat Facebook, vokalis kumpulan U2, Bono kini menjadi bintang pop terkaya di dunia.

Memetik laporan mirror.co.uk, Bono yang nama sebenarnya Paul David Hewson telah membeli 2.3 peratus saham dalam media sosial berkenaan dengan melabur 56 juta pound (RM360 juta) menerusi syarikat Evelation Partners pada tahun 2009.

Difahamkan, dengan penggunaan Facebook yang semakin meluas di dunia, penyanyi dan komposer lagu itu meraih keuntungan sebanyak 940 juta pound (RM6 bilion).

Kejayaaan itu juga menandakan bahawa Bono telah meraih pendapatan yang begitu tinggi dalam masa enam tahun berbanding pendapatannya sepanjang kerjaya muzik yang luar biasa itu.

Bono kini mengambil alih tempat lagenda kumpulan Beatles, Paul McCartney sebagai bintang pop terkaya di dunia.
Sumber: Astro Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here