BANGKOK: Pihak berkuasa Thailand menawarkan ganjaran hadiah satu juta bath (RM115,000) kepada sesiapa yang menyalurkan maklumat hingga tertangkapnya suspek utama pengeboman di Kuil Erawan, di sini, pada Isnin yang menyebabkan 22 terbunuh.

 

Memetik portal Bangkok Post, ganjaran itu yang sudah diluluskan Ketua Polis Negara Thai, Somyot Pumpunmuang dimaklumkan jurucakap polis Thailand, Prawut Thawornsiri menerusi laman Twitter hari ini.

 

Sementara itu, AFP melaporkan polis Thai percaya perancangan kepada pengeboman di lokasi terbabit kelmarin dibuat menerusi satu rangkaian, membabitkan beberapa individu.

 

“Ia adalah suatu rangkaian. Kami percaya mesti ramai yang membantunya (pengebom itu),” kata Poompanmoung kepada pemberita tanpa mengulas lebih lanjut. – Bangkok Post/AFP

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here