EVERETT, AMERIKA SYARIKAT – Boeing bakal mengeluarkan sebuah kapal terbang terbesar sehinggakan rentang sayapnya terpaksa dilipat ke atas untuk membolehkan ia muat di lapangan terbang.

Dalam kenyataannya, Boeing berkata, pesawat Boeing 777-9X itu akan menjadi kapal terbang paling besar selepas ini dan pesawat dua enjin paling efisien di dunia, kata Boeing.

Menurutnya, walaupun akan mula dikeluarkan pada 2017, sebanyak 320 pesanan sudahpun diterima daripada pelbagai syarikat penerbangan di seluruh dunia.

Boeing berkata, pesawat itu akan memiliki kabin yang lebih lebar dan tingkap lebih besar berbanding pesawat yang dikeluarkannya sebelum ini, Boeing 787 Dreamliner.

Pesawat itu juga akan mempunyai rentang sayap paling lebar berbanding pesawat lain – 71.8 meter.

Di dalam, 777-9X akan mempunyai 400 tempat duduk, lebih 34 berbanding pesaing terdekatnya – Airbus A350-1000.

Kilang pesawat itu di Everett di Amerika Syarikat begitu besar, cukup untuk memuatkan 25 padang bola sepak di dalamnya.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here