mahathir

Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan), Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan keengganan pihak berkaitan meluluskan penubuhan rasmi parti itu sebagai strategi politik pihak kerajaan.

Menurutnya, ia juga tindakan pengecut daripada BN bagi memastikan Harapan tidak mempunyai tempoh cukup untuk berkempen, sekali gus memastikan kemenangan kerusi parti kekal dalam tangan.

“Kita dah boleh nampak dia (Datuk Seri Najib Tun Razak) takut dengan Harapan, untuk menjaga keselamatan gelaran dia, sampai sekarang kerajaan masih belum meluluskan parti ini (Harapan) walaupun perlembangaannya telah diserahkan sebulan lepas.

“Sebenarnya hasrat mereka buat begini adalah bila sampai sahaja masa pilihan raya baru mereka nak luluskan..kalau mereka luluskan masa itu tidak sempatlah kami nak ada kempen, nak kenalkan logo dan sebagainya. Inilah cara Najib nak menang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pakatan Harapan Johor di Taman Dahlia, di sini malam tadi.

Mahathir juga memohon sentimen seperti Umno tumbang, Melayu dipinggirkan dapat dihapuskan segera kerana perkara itu hanya tipu helah kerajaan dalam memastikan undian tidak dikacau.

“Kemungkinan pembangkang menang Kit Siang akan jadi Perdana Menteri, itu sudah lapuk, setelah saya bekerjasama dengan mereka (DAP) telah diperjelaskan bahawa parti itu hanya terdiri daripada minoriti jadi agenda itu memang tidak betul.

“Lagipun dalam Harapan, kita terdiri daripada tiga lagi parti besar dan di kalangan mereka mempunyai pemimpin Melayu yang berkaliber dan ada pengalaman mentadbir negara.

“Sekiranya kita menang, memang akan disediakan kuota untuk DAP dalam pentadbiran kerajaan tetapi tidaklah hingga memegang gelaran Perdana Menteri,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memohon masyarakat untuk mengetepikan soal calon daripada parti komponen mana sebaliknya hanya berfikir bahawa itu semua adalah Harapan jika mahu perubahan di buat.

“Kalau kita letak calon daripada pakatan harapan jangan kira daripada parti komponen mana dia datang sama ada dia Bersatu, PKR, DAP ataupun Amanah.

“Jika Dengan empat parti ini para penyokongnya bergabung memberi sokongan maka kita yakin BN akan dikalahkan,” katanya.-SINAR

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here