bn

Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim, berharap kejayaan penganjuran TN50 yang menyatukan pemimpin muda daripada Pakatan Harapan dan BN dalam satu pentas diterjemahkan juga kepada pertemuan pemimpin senior kedua-dua blok parti itu.

Sejarah telah tercipta malam semalam menandakan pembaharuan kepada politik matang di negara ini.

“Dari aspek politik matang, tahniah kepada Kelab Umno Luar Negara kerana menjemput ahli politik yang berbeza ideologi.

“Kami berharap ini dipraktikkan dalam kalangan pemimpin senior,” katanya ketika acara TN50 kluster politik di Kumpulan Media Karangkraf.

Faktor utama menyebabkan rakyat berpecah adalah kerana sikap ahli politik yang gemar bermain dengan politik perkauman.

Program itu telah menyatukan panel-panel dari DAP, PKR, MIC dan Umno.

Selain Spanel turut terdiri daripada Exco Pemuda Umno Shahril Hamdan; Naib Ketua Pemuda MIC; Thinalan T Rajagopalu dan Naib Ketua Angkatan Muda PKR; Dr Afif Bahardin serta dipengerusikan oleh Wan Md Hazlin Agyl.

Turut menghadiri ratusan penonton yang memperlihatkan suasana muhibah walaupun hadir ideologi berbeza.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here