Thomas Mueller membuktikanbahawa dia penyerang yang berbahaya apabila meledak dua gol dan membantu Ilkay Guendogan melengkapkan kejayaan Jerman mengatasi Scotland 3-2 pada perlawanan kelayakan Euro 2016, awal pagi tadi.

Kemenangan meletakkan juara dunia itu kian hampir beraksi di Perancis tahun depan selepas mengesahkan kedudukan pendahulu Kumpulan D ketika saingan berbaki dua perlawanan.

Jerman mengumpul 19 mata sementara Poland menang 8-1 ke atas Gibraltar mengumpul 17 di tangga kedua.

Ireland mengumpul 15 mata selepas menewaskan Georgia 1-0 masih perlu menghadapi Jerman Oktober depan

“Thomas sentiasa memiliki larian hebat dan menepati kriteria seorang penyerang menyudahkan peluang apabila berada dalam kawasan lima meter,” kata jurulatih Joachim Loew.

Sumber: HarianMetro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here