Abdullah

Saya memang merasa kecewa amat sangat apabila Jabatan Pendaftaran Negara mengambil keputusan untuk tidak mengikuti keputusan Mahkamah Rayuan yang memberi kebenaran supaya anak yang lahir diluar nikah diberikan bin ayahnya. Keputusan mahkamah itu sepatutnya disambut dengan gembira oleh umat Islam di Malaysia. Mahkamah telah menyatukan anak dan bapa saperti keluarga biasa.

 Hakim mahkamah telah menunjukkan sikap adil dan belas kasihan, ciri ciri penting dalam Islam.

Perlu dinyatakan juga, fatwa yang dikeluarkan oleh JAKIM itu tidak dipersetujui oleh kesemua negeri di Malaysia, di mana Perlis telah mengeluarkan fatwanya sendiri yang telah diwartakan pada Januari 2013. Dalam fatwa yang telah diperkenankan oleh Raja Perlis tersebut, anak yang lahir kurang daripada enam bulan setelah pernikahan ibu bapanya dibenarkan mengambil nama bapanya sebagai bin, dan bukanlah Abdullah (melainkan nama bapanya itu sememangnya Abdullah).

Malangnya kumpulan Taliban di Malaysia bagitu marah sekali dengan keputusan Mahkamah sivil itu. Mereka berkata fatwa mesti diutamakan. Inilah sikap sombong yang salah. Yang perlu diutamakan ialah keadilan kepada anak dan ibubapa yang terlibat. Apakah kumpulan Taliban ini juga bersetuju dengan fatwa tersebut jika mereka sendiri merupakan anak luar nikah? Sudah tentunya tidak!

Kumpulan Taliban ini hanya mahu pelaksanaan fatwa terhadap manusia kerdil. Ada fatwa mengenai casino di Genting? Ada fatwa mengenai 1MDB? Ada fatwa melarang penggunaan harta kerjaan untuk hal-hal peribadi pemimpin? Memang tak ada, soal bin Abdullah lebih penting bagi mereka.

Itulah sikap pejuang Taliban ala Islam di Malaysia. Kalau untuk penjaja kecil, mesti buka kedai jam 3 petang di bulan puasa, tapi kalau towkay gedung besar dan supermarket tak payah. Kalau penjaja pasar malam ,mesti tutup semasa maghrib, tapi penjual kedai besar tidak perlu berbuat demikian. Kalau anak dan bapa disatukan supaya kesilapan silam dilupakan, mereka marah dan tidak bersetuju, tapi mereka tutup mata kapada dosa yang kebih besar.

Mereka ini sebenarnya tidak layak memperjuangkan Islam kerana mereka tidak mempunyai sifat pemaaf dab belas kasihan, ciri yang membezakan Islam dengan jahiliah Taliban.

ZAID IBRAHIM adalah bekas Presiden Parti KITA dan juga ahli politik DAP. Artikel ini adalah pandangan peribadi beliau dan tiada kena mengena dengan Malaysian Access.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here