Presiden KAFA, Bibi Ramjani Illias Khan menyatakan yang skuad The Red Warriors sudah pun lengkap. 25 pemain yang mereka kehendaki sudah berada dalam senarai untuk menghadapi musim baru.

Secara tidak langsung, Kelantan sudah menutup transaksi pemain masuk. Mereka hanya menyenaraikan beberapa pemain mereka untuk dipinjam oleh pasukan lain.

Ferdinand Srinaga dan Bruno Lopes adalah cebisan ‘puzzle’ terakhir yang mereka nantikan dan ia sudah pun disahkan semalam.

Jadi, 5 pemain import Kelantan musim hadapan ialah Bruno Lopes, Do Dong-hyun, Cassio Francisco Jesus, Ferdinand Sinaga dan Morgaro Lima Gomis.

Ferdinand Srinaga

Bibi Ramjani juga menegaskan ada 6 pemain Kelantan berada dalam senarai untuk dipinjamkan kepada mana-mana pasukan yang berminat.

2 pemain mereka sudah pun sah menyertai pasukan Perlis secara pinjaman. Ianya diharap akan dapat membantu pemain menunjukkan potensi mereka di pasukan lain. Pada masa yang sama dapat meringankan beban kewangan pasukan.

Kelantan berjaya mengekalkan status mereka dalam Liga Super 2018 selepas berhadapan dengan banyak krisis pada 2017.

Mereka berhadapan dengan hukuman pemotongan mata kerana masalah teknikal. Kelantan turut berhadapan dengan krisis prestasi selepas pemergian Mohamed Ghaddar ke JDT.

Musim 2018, Bibi Ramjani pastinya mengharapkan prestasi yang lebih baik dalam kempen mereka. Musim 2018 adalah musim pertama Bibi Ramjani mengendalikan KAFA bermula daripada pra-musim.

Mampukah pasukan Kelantan menjadi pesaing dalam saingan domestik musim hadapan?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here