Dakwaan Parti Amanah Negara (AMANAH) tidak lama dahulu menyaksikan pengarah komunikasi Amanah, Khalid Samad memanggil perwakilan PAS yang memakai pakaian tradisional Melayu bersama tanjak dan keris, sebagai mabuk, ketika menghadiri muktamar PAS di Kelantan.

Tidak hairan situasi itu diperbesar-besarkan dalam setiap media sosial kononnya PAS sudah jauh tersasar dari prinsip Tok Guru Nik Aziz, sedangkan ia hanyalah tema majlis tersebut. Perkara kecil ini diambil kesempatan menjadi polimik politik pihak pembangkang.

“Kita hidup di abad ke-21 tetapi anda datang ke majlis rasmi memakai baju pahlawan Melayu dari kurun ke-14. Orang seperti ini yang sebenarnya mabuk,” kata ahli parlimen Shah Alam kepada wartawan.

Ironinya, ketika Tun Dr Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz tampil berseragam baju melayu serba merah ketika Majlis Makan Malam PPBM yang lepas, Khalid Samad mendiam diri dan seolah-olah melupakan komen hasutan yang lampau.

Sememangnya tiada salah dalam memakai baju tradisional bagi kedua-dua PAS atau PPBM. Malahan pemakaian tradisional Melayu tidak bercanggah langsung dengan ajaran Islam, kalau hendak mengaitkan pemakaian PAS ketika majlis mereka dahulu ‘bertentangan’ dengan pemakaian standard mereka yang berkopiah putih.

Apa yang kurang menyenangkan adalah, perkara sekecil ini boleh dijadikan bahan fitnah dan pertelingkahan antara satu sama lain. Fitnah yang dikatakan sebagai assabiah, lapuk dan mabuk. Macam mana organisasi nak maju, harmoni dan bergerak lancar kalau kerja hendak asik melagakan rakyat dan menyebarkan fitnah?

Sememangnya sedap untuk kem politik menyebarkan fitnah sensasi walaupun kecil, tetapi kita jangan lupa, apa yang kita buat, karma pasti berlaku. Di sini moral seseorang itu terserlah sama ada untuk mengambil jalan hipokrasi dengan berdiam diri atau menarik kembali kenyataan yang dikeluarkan.

Realitinya, semua, sama ada PAS, UMNO atau Pakatan Harapan menggunakan taktik yang sama, kerana apa, kerana mereka semua manusia yang mahu menjamin ikhtiar hidup parti masing-masing.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here