PERTEMUAN dengan Pengerusi Bersatu Selangor Abdul Rashid Asari yang diadakan semalam membuahkan hasil positif dan parti itu bersetuju meneruskan rundingan bahagi kerusi, kata Pengerusi Pakatan Harapan Selangor Azmin Ali.

“Saya yakin (hal kerusi) boleh diselesaikan walaupun saya sudah berjumpa dengan Ketua PPBM (Bersatu) Selangor Datuk Rashid, semalam dan saya gembira yang PPBM (Bersatu) akan teruskan berbincang, saya percaya PH Selangor akan terus sambung berbincang.

“Ini proses, saya memahami dan hargai empat parti, PPBM (Bersatu), Amanah, DAP, PKR kena rapat dengan akar umbi dan bawa ke meja perbincangan ini proses saya gembira proses itu sangat positif dan saya bangga untuk share PH akan teruskan proses itu dan InshaAllah dalam masa terdekat kita akan selesaikan masalah ini. Saya percaya boleh selesai,” kata beliau ketika ditemui di Bukit Antarabangsa hari ini.

Hari ini, dilaporkan kenyataan Ketua Penerangan Bersatu Selangor Sallehuddin Amiruddin yang parti itu tidak bersetuju dengan pengagihan kawasan melibatkan 12 kerusi yang kini milik Umno dan Barisan Nasional (BN).

Malah beliau kecewa kerana Pengerusi Pilihan Raya PH Negeri Dr Xavier Jeyakumar dari PKR menolak permintaan parti itu untuk berbincang mengenainya selepas mesyuarat semalam.

Soal perbincangan yang agak “bising” dan tidak memuaskan hati semua pihak merupakan perkara normal dalam demokrasi kerana tiada diktator dalam PH, kata Azmin mengulas lanjut perkara itu.

Walaubagaimanapun, beliau mengakui tidak dapat menjangka bilakah masalah bahagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan selesai, tetapi yakin semua parti akan bersetuju sebelum hari penamaan calon PRU14.

All in PH open discussion. Ini satu proses demokrasi. Kalau duduk diam-diam tak cakap itu diktaktor. Kalau bising sikit-sikit itu demokrasi jangan risau.

“Kita akan tetapkan (kerusi) sebelum tarikh penamaan calon,” katanya.

PPBM Selangor Tegas Mahu 12 kerusi DUN, Tidak Iktiraf Keputusan PH

PH Selangor Berebut Kerusi Umno, PAS, Kata PPBM Negeri

Rebut Kerusi Sesama ‘Rakan’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here