BERSATU

BERSATU mahukan Pakatan Harapan memberi laluan kepada parti itu untuk mengetuai pembentukan kerajaan di Kedah sekiranya berjaya merampasnya pada PRU14.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, hasrat itu telah disuarakan kepada pemimpin Pakatan Harapan yang lain berikutan sokongan diberikan rakyat.

Menurutnya, Pakatan Harapan juga diminta memberi peluang kepada calon-calon Bersatu untuk menguasai kerusi-kerusi yang ada di negeri itu pada PRU ini.

“Saya sudah bisik kepada rakan-rakan Pakatan Harapan bagilah Kedah kepada Bersatu untuk mengepalainya kerana kita lihat sokongan yang ditunjukkan rakyat kepada parti di sini amat menggalakkan.

“Malah saya juga minta kerusi-kerusi yang ada di negeri ini diberikan juga sebahagian besar kepada Bersatu yang mana apabila kita berjaya, kita boleh bentuk kerajaan,”katanya dalam ucapan di Rumah Terbuka Bersatu Negeri Kedah, hari ini.

Beliau berkata, semangat rakyat negeri ini yang mahukan perubahan sudah lama ditunjukkan dan ia adalah peluang untuk Pakatan Harapan memenangi hati mereka dan menarik sokongan untuk parti.

“Rakyat di negeri ini sudah lama bukan hanya untuk pasukan bola sepak tetapi semangat untuk membawa perubahan-perubahan untuk negeri termasuk pembangunan dan kerajaan.

“Kedah juga adalah kubu bagi Beratu, kita boleh lihat di setiap majlis atau program yang diadakan, begitu ramai yang hadir bukan masyarakat nak lihat pemimpin yang ada sahaja atau Tun Mahathir tetapi mahu nyatakan pendirian mereka untuk tukar kerajaan sedia ada,”katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut berkeyakinan rakyat akan terus memberi sokongan kepadanya ekoran trek rekodnya sebagaiĀ  Menteri Besar sebelum ini adalah baik.

“Saya pun tak banyak pengalaman sangat tapi saya lihat zaman saya dulu pun tak ada masalah besar pun saya buat, saya tak pernah lena ketika buat kerja.

“Tapi disebabkan kononnya saya kehilangan kepercayaan rakyat saya terpaksa mengundur diri menjadi Menteri Besar namun saya lihat sehingga ke hari ini masih ada orang menyokong saya,”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here