UMUM pasti mengetahui Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kes kerugian urus niaga mata wang asing (forex) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada awal 1990-an telah pun membentang laporannya.

Suruhan­jaya itu juga berpandangan Menteri Kewangan ketika itu sengaja menyembunyikan fakta dan maklumat serta membuat kenyataan mengelirukan kepada Jemaah Menteri berhubung perkara itu.

Suruhanjaya juga berpandangan bahawa terdapat elemen menyembunyikan fakta dengan sengaja memandangkan Laporan Tahunan BNM tidak menunjukkan kerugian sebenar yang dialami akibat urus niaga forex dari 1992 hingga 1994.

Laporan itu menyebut Perdana Menteri ketika itu turut dimaklumkan oleh Menteri Kewangan bersama dengan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan pada penghujung 1993 bahawa BNM mengalami kerugian akibat urus niaga forex pada tahun 1992 dan 1993 berjumlah RM30 bilion.

Bagi tempoh yang dinyatakan dalam laporan itu, Mahathir adalah Perdana Menteri manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.

Adakah hasil laporan RCI Forex itu telah menakutkan Mahathir?

Ini kerana, timbul dakwaan Mahathir melalui peguamnya, Hanif Khatri Abdullah dikatakan akan menghalang laporan RCI berkenaan diedarkan.

Selain itu, mereka akan mengambil tindakan undang undang jika tidak mengikut kemahuan tuntutan pihaknya dan mahu sejumlah bahan tulisan Mahathir sejumlah 495 muka surat diselitkan di dalam laporan skandal terbesar negara itu.

Kenapa Mahathir takut dengan laporan RCI Forex berkenaan?

Agak pelik dan hairan apabila Mahathir mahu sejumlah bahan tulisannya sejumlah 495 muka surat di selit di dalam laporan itu.

Ketika perbicaraan skandal berkenaan, Mahathir sentiasa menjawap tidak tahu dan tidak diberitahu, namun setelah perbicaraan selesai, ada pula sejumlah bahan membela diri muncul.

Jika Mahathir sudah menulis sejumlah 495 muka surat membela diri serta di anggap jawapan bela diri, kenapa ia tidak diterbitkan secara berasingan?

Mahathir boleh menerbitkan buku bagi membela nasibnya, tidak perlu diselitkan di dalam laporan RCI.

Apa sebenarnya yang dirancang Mahathir kerana mahu menyelit tulisannya di dalam laporan RCI itu?

Laporan RCI adalah hak pihak penyiasat dan badan menyiasat dan bukan hak Mahathir.

Mahathir tiada hak untuk mengarahkan atau menentukan laporan itu perlu diselitkan dengan jawapan bela dirinya.

Tiada siapa menghalang Mahathir untuk membela dirinya.

RCI Forex melakukan siasatannya dan jika Mahathir merasakan ianya tidak benar, saman sahaja mereka.

Adakah Mahathir akan menyaman pihak yang menyiasat RCI Forex?

Ternyata Mahathir benar-benar takut laporan itu akan dibaca oleh rakyat secara keseluruhannya.

Bagaimanapun, secara rumusannya rakyat sudah pun mengetahui hasil laporan RCI berkenaan.

Adakah Mahathir cuba memberi gambaran palsu kepada rakyat bahawa dia hebat lagi gah dan RCI adalah tidak betul sekali gus tidak adil?

Namun naskah laporan RCI pula mencatatkan jawapan serta jawapan balas Mahathir di dalam mahkamah yang amat memalukan serta tidak bertanggungjawab.

Maka atas sebab itulah Mahathir sengaja mencari pasal dan alasan untuk menghalang pengedarannya.

Syarat Mahathir mahu tulisannya diselitkan ke dalam laporan adalah kerja memperbodohkan rakyat kerana tulisan Mahathir berkenaan RCI Forex tidak pun dibicarakan serta tidak disahkan kebenarannya.

Tulisan Mahathir itu adalah bahan yang tidak ditentu betul salahnya.

Adakah Mahathir mahu berselindung di belakang guaman untuk melengahkan pengedaran laporan RCI Forex yang terselit di dalamnya cara Mahathir menjawab dan melayan hakim perbicaraan?

Kepada Mahathir, edarlah atau sebarkanlah jawapan bela diri anda.

Tiada siapa akan menghalangnya. Mahathir pastinya mempunyai jentera sendiri yang boleh mengedarkan dan menyebarkan jawapan bela dirinya.

Semasa di mahkamah Mahathir tidak mahu bela diri, tetapi apabila laporan RCI Forex dikeluarkan, beliau tampil pula dengan jawapan bela dirinya.

Mahathir sudah terlalu lama menjadi drama king dalam politik.

Tindak tanduknya sudah mudah dibaca, laporan RCI Forex pastinya satu lagi mainan politik Mahathir.

Ia akhirnya pasti menjerat diri Mahathir sendiri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here