Polis belum membuat sebarang tangkapan berhubung kes pemandu bekas Peguam Negara Abdul Gani Patail ditembak pada 29 Ogos, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam satu jawapan di Parlimen, beliau berkata polis masih menyiasat kes itu, dan masih belum menentukan motif di sebalik insiden tembakan itu.

Sehingga kini, katanya, tiada tangkapan dibuat, kerana polis masih mengumpul maklumat dan petunjuk untuk mengenal pasti suspek, dan menentukan motif di sebalik kes itu,” kata Zahid ketika menjawab soalan MP Sepang Mohamed Hanipa Maidin, yang bertanya mengenai status siasatan polis.

Dilaporkan bahawa dua lelaki yang tidak dikenali menembak dan mencederakan pemandu Gani di rumah mangsa di Ampang Perdana.

Dua Lelaki itu mendekati mangsa dengan alasan meminta arahan sebelum menembaknya di kaki.

Tidak lama selepas kejadian itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Fuzi Harun telah menolak sebarang hubungan antara kejadian itu dengan skandal 1MDB.

Fuzi berkata, siasatan polis menunjukkan kejadian itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Gani, yang mengetuai pasukan petugas menyiasat skandal 1MDB sebelum ditamatkan perkhidmatannya sebagai peguam negara, dikatakan atas sebab-sebab kesihatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here