Wan Ji

KUALA LUMPUR – Ketua Biro Agama Parti Keadilan Rakyat (PKR), Wan Ji Wan Hussin menegaskan tidak haram untuk umat Islam membela anjing di rumah sebagai haiwan peliharaan.

Menurut beliau, terdapat fatwa iaitu tidak meletakkan perbuatan memelihara anjing selain untuk tujuan berburu dan penjagaan sebagai haram, sebaliknya sekadar makruh sahaja.

Kata beliau, sebilangan ulama menyatakan larangan itu mencegah malaikat masuk dalam rumah dan sebilangan lain menyatakan bahawa ia boleh mengganggu jiran tetangga.

 Manakala, sebilangan yang lain menyatakan bahawa sebilangan anjing itu adalah syaitan dan anjing di dalam rumah akan memungkinkan jilatan anjing itu terkena pada bekas makanan.

 

“Jika larangan itu menjadi haram, ekoran malaikat tidak masuk rumah, sudah pasti memasukkan Televisyen dan gambar juga dikira sebagai haram,.

“Jika dikatakan larangan itu kerana ia boleh menggangu jiran tetangga, sudah pasti larangan itu bukan hukum lizatih iaitu keharaman pada membela anjing, tetapi larangan itu pada faktor lighairih iaitu berfaktorkan kebisingan.

“Dengan maksud, jika tidak membawa kepada bising, atau duduk dalam rumah yang punyai halangan suara dari sampai ke rumah orang lain, maka ia tidak menjadi haram,” katanya lagi dalam satu kenyataan.

Wan Ji turut berkata, jika dikatakan larangan itu kerana sebilangan anjing adalah syaitan, maka sudah pasti wujud ada anjing yang tidak syaitan.

“Ini kerana definisi syaitan adalah setiap yang jahat tidak kira ia dari kalangan mana pun,” katanya.

Isu berkenaan umat Islam membela anjing timbul apabila eorang pengguna Facebook, Nurhanizah Abdul Rahman memuat naik rakaman dirinya memeluk dan mencium seekor anjing yang dikenali sebagai Bubu di laman sosial.

“Janganlah guna alasan agama untuk membenci makluk ini sebab agama mengajar kita untuk bersihat ihsan (kasih-sayang) dan bukan untuk membenci,” katanya melalui rakaman video berkenaan.

 

SHARE
Previous articlePertemuan Nurul Izzah-Tun M Di London Muktamadkan Barisan Kepimpinan PH
Next articleOpen House – Zaid Ibrahim
Seorang kolumnis bebas yang berasal dari hutan batu KL. Ruang lingkup dunia tanpa sempadan pada masa kini menjadikan saya sebagai seorang kaki travel bajet dan 'foodie in the making'. Pada masa bosan-bosan akan melayan update 'trending' netizen... Saya sangat berminat dengan perkembangan pertahanan dan politik domestik serta global. Nak berbalah boleh tapi biarlah dalam 'mode' yang bertamadun ye...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here