Naib Presiden PPBM, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dijangka bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan, walaupun spekulasi sebelum ini mengatakan beliau akan dicalonkan di kerusi Parlimen, kata sumber parti itu.

“Bekas ketua Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu akan memainkan peranan penting jika Pakatan Harapan (PH) berjaya merampas kuasa daripada PAS,” kata sumber itu yang enggan dinamakan.

Sumber itu berkata, Rashid yang juga ketua PPBM bahagian Kota Bharu mungkin bertanding di kerusi DUN Kota Lama di bawah Parlimen Kota Bharu.

Kubu PAS itu kini dipegang exco Kelantan, Datuk Anuar Tan Abdullah.

DUN Kota Lama ialah satu-satunya kerusi campuran di negeri itu dengan pengundi Melayu terdiri daripada 63% dan Cina 34%.

Parti komponen PH, iaitu PPBM, PKR dan Amanah dijangka berdepan pertandingan 3 penjuru di semua 45 kerusi DUN dengan calon PAS serta Barisan Nasional di Kelantan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here