Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) yang berlangsung buat julung kali menyaksikan pemilihan bagi jawatan pengerusi tetap dan timbalan pengerusi tetap. Dalam pemilihan tersebut, bekas menteri yang juga Ketua Bersatu Bahagian Tasek Gelugor, Datuk Seri Mohd Shariff Omar telah dipilih sebagai pengerusi tetap manakala Ketua Bersatu Bahagian Kulim Bandar Baru, Datuk Azimi Daim pula dipilih sebagai timbalan pengerusi tetap.

Mohd Shariff dan Azimi tidak dicabar oleh mana-mana pihak dan mendapat sokongan penuh daripada 983 perwakilan yang hadir.

 Pelantikan bagi jawatan tersebut dibuat selaras dengan fasal 12 perlembagaan Bersatu yang mengatakan bahawa perhimpunan agung tahunan hendaklah dihadiri oleh pengerusi tetap dan timbalan pengerusi tetap.

Mohd Shariff sebelum ini pernah menjawat jawatan sebagai bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani manakala Azimi pula pernah bertugas sebagai bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah.

Mengulas mengenai pelantikannya, Mohd Shariff memaklumkam bahawa beliau mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan oleh para perwakilan menerusi pelantikan tersebut.

“Kami berjanji akan menjalankan amanah dan tanggugjawab ini dengan sebaik mungkin dengan mematuhi peraturan mesyuarat dan peraturan perhimpunan agung Bersatu,”katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here