battleship

Selalu kita dilihatkan kebencian warga Korea Selatan terhadap Jepun berikutan Perang Dunia Kedua and insiden tahun ini, penyanyi dari Korea Selatan tidak sengaja menggunakan simbol matahari terbit (simbol bendera Jepun) lalu menimbulkan kemarahan.

‘The Battleship Island’ menceritakan tentang penderitaan rakyat negara itu yang dipaksa menjadi pekerja lombong dan diseksa oleh tentera Jepun.

Filem kisah benar ini mendalami ketegangan tersebut.

Setiap karakter menceritankan kisah tersendiri, Lee Kang-Ok (dilakonkan oleh Hwang Jung-min) dan anaknya Lee So-hee( Kim Su-an) yang berusaha untuk meneruskan kehidupan dalam kesempitan.

Choi Chil-sung (So Ji-sub) seorang samseng jalanan dari Seoul namun mempunyai hati yang baik dan Oh Mal-nyeon (Lee Jung-hyun) yang dipaksa menjadi pelacur.

Maltamat setiap watak adalah untuk menambahbaik hidup mereka, namun sampai terpedaya dengan janji manis pihak Jepun yang menjanjikan pekerjaan dengan pendapatan lumayan di Jepun.

Saat tiba di pelabuhan, mereka dikejutkan ketika dibawa ke Pulau Hashima, lalu diseksa dan dipaksa bekerja dengan gaji sedikit.

Saat itu, masing-masing terpaksa bergelut untuk meneruskan kehidupan.

Saat harapan semakin tipis, muncul tentera pembebasan Korea Selatan, Park Moo-young (Song Joong-ki) yang ditugaskan untuk menyelamatkan seorang ketua pejuang, namun kemudiannya mengetuai misi melarikan diri dari pulau tersebut.

Pengarah filem, Ryoo Seung-wan menceritakan secara terperinci dari bermulanya perangkap pihak Jepun hinggalah bagaimana rakyat Korea Selatan di sana bangkit melawan tentera Jepun dalam usaha menyelamatkan diri dari terus ditindas.

Laluannya tidak mudah kerana ada yang menjadi tali barut Jepun dan sanggup mengkhianati rakyat Korea Selatan sendiri asalkan keselamatan terjamin.

Adegan pengeboman Hiroshima dan Nagasaki turut diselitkan yang membunuh kira-kira 129,000 orang serta menyaksikan kejatuhan tentera Jepun.

Lebih menyedihkan, kanak-kanak turut menjadi mangsa seksaan oleh pihak Jepun.

Satu demi satu kekejaman tentera Jepun dipertontonkan membuat penonton merasai kepedihan mereka yang terperangkap di sana.

 

Budak-budak lelaki kecil pula dipaksa memasuki gua kecil yang tidak dapat dimasuki lelaki dewasa dan ramai mati kekurangan zat.

Pulau Hashima atau lebih dikenali sebagai ‘Battleship Island’ (Gunkajima) kerana bentuknya menyerupai kapal perang, sebelum ini merupakan lombong arang batu dasar laut.

Bermula pada 1930 hingga akhir Perang Dunia Kedua, dianggarkan kira-kira 1,300 pekerja buruh meninggal dunia di pulau tersebut atas pelbagai faktor seperti kemalangan, keletihan, kekurangan zat makanan.

 

Pada 2009, Jepun telah mencadangkan untuk Pulau Hashima dijadikan tapak UNESCO tetapi ditentang Korea Selatan akibat kekejaman teruk yang telah berlaku di pulau itu.

Namun setelah perbincangan, Jepun bersetuju untuk memasukkan kesalahan dan kekejaman mereka di tempat tersebut dan memberi penghargaan kepada warga Korea Selatan.

Julai 2015, Pulau Hashima diluluskan untuk dimasukkan ke dalam senarai Warisan Dunia Unesco.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here