Hatrik Lionel Messi menyaksikan Barcelona meraih kemenangan besar 5-0 ke atas musuh setempat, Espanyol awal pagi tadi.

Kemenangan itu menyaksikan kelab Catalan itu kini berada di puncak liga dan berkelebihan empat mata berbanding Real Madrid yang kini menghuni tangga kelima.

Barca tidak melakukan sebarang kesilapan apabila anak buah Ernesto Valverde berjaya memastikan mata maksimum dalam tiga perlawanan awal.

“Ia menjadi satu keistimewaan buat saya apabila dapat beraksi bersama pemain terbaik di dunia,” kata penyerang Barca, Luis Suarez.

Real Madrid

Terdahulu, Real yang tidak dapat menggunakan khidmat Cristiano Ronaldo ekoran penggantungan terpaksa membayar dengan harga mahal apabila terikat 1-1 dengan pasukan baharu naik taraf, Levante.

“Kami tidak boleh berasa gembira dengan prestasi kami,” kata pengendali Real, Zinedine Zidane.

“Kami tidak perlu jadi ‘gila’ sebaliknya perlu sabar dan fikir untuk hadapi perlawanan selepas ini.” – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here