Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara dan sebat seorang ejen pelaburan selepas mengaku salah terhadap 626 pertuduhan meliwat anak perempuan sulungnya yang berusia 15 tahun.

Tertuduh tiba dimahkamah kira-kira pukul 8.40 pagi kelihatan memakai baju T berwarna putih dengan tangan bergari telah mengaku salah terhadap perbuatan tersebut minggu lalu.

Duda berusia tersebut telah melakukan perbuatan meliwat anak gadisnya yang berusia 15 tahun sebanyak tiga kali sehari selama tujuh bulan sejak Januari hingga Julai lalu.

Sebelum ini, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengesahkan kes yang bermula 9 dan 10 Ogos lepas mencatat sejarah sebagai kes jenayah seksual pa­ling banyak melibatkan seorang individu di negara ini. РK!ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here