Enam inisiatif besar dan penambahbaikan skim sedia ada khusus bagi menjamin kebajikan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) antara yang terbaik di rantau ini.

Antara penambahbaikan tersebut; Skim Bantuan Bakti Negara (BNN) dimana 66,000 veteran ATM tidak berpencen akan menerima bantuan kewangan melebihi seribu ringgit demi sebagai penghargaan atas sumbangan perjuangan mereka mempertahankan keselamatan negara ini.

Inisiatif Skim Anuiti Veteran (SAVe) pula memberi bantuan menyeluruh kepada tentera yang tidak menerima pencen mendapat pendapatan bulanan secara berterusan melalui caruman hasil pelaburan kerajaan.

Penambahbaikan Skim Pencen Hilang Upaya bagi Veteran ATM dan bekas anggota Wataniah sepenuh masa yang diberhentikan awal atas kecederaan dan kecacatan awal menerima kenaikan pencen sebanyak 300 hingga 800 peratus.

Ini tidak termasuk bantuan-bantuan besar yang lain seperti Program 1Malaysia Veteran Home Repair Program (1MVHRP) melalui Program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) diumumkan Perdana Menteri, serta dengan kerjasama MINDEF dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW).

Bantuan lain termasuk bantuan pendidikan, perumahan dan permulaan pekerjaan baru amat membantu veteran askar untuk meneruskan kehidupan setelah keluar dari perkhidmatan.

Ini merupakan hanya sebahagian daripada penambahbaikan untuk kebajikan veteran ATM yang dibuat untuk membantu veteran ATM mengikut peredaran masa. Banyak inisiatif dilakukan demi menghargai jasa, keberanian dan pengorbanan ATM dalam mempertahankan keselamatan Malaysia daripada ancaman dalam dan luar negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here