Jumlah penduduk terjejas banjir Sarawak terus meningkat kepada 4,859 orang merangkumi 1,463 keluarga setakat 8.00 malam ini.

Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata keadaan banjir semakin buruk menyaksikan penambahan 257 mangsa berbanding berbanding 4,602 orang dicatatkan setakat petang tadi.

Beliau berkata semua mangsa ditempatkan di 25 PPS di Samarahan, Serian, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Mukah dan Limbang.

“Jumlah penduduk terjejas banjir paling tinggi direkodkan di Samarahan menyaksikan 1,709 berada di 7 PPS, 7 PPS di Serian (1,192), 2 PPS di Bintulu (878),2 PPS di Sibu (597), 3 PPS di Limbang (388), 3 PPS di Mukah (87) dan sebuah PPS di Sarikei (8),” katanya dalam satu kenyataan malam ini.-BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here