Sebagai anak muda Johor, saya menyangkal kenyataan Salahuddin Ayub yang menyatakan bahawa pemimpin Pakatan Harapan Johor mampu dan mengambil alih daripada kerajaan yang tidak berwibawa, kerajaan yang membosankan pimpinan Khaled Nordin dari Barisan Nasional. Kenyataan ini dipetik dari Facebook Amanah Negeri Johor pada 3 Februari 2018.

Pakatan Harapan tidak ubah seperti tin kosong yang tiada isi. Mereka hanya pandai cakap kosong semata-mata. Malah mereka juga hanya mampu menggunakan perkataan-perkataan yang sarkastik dan sinis bagi memastikan rakyat membenci kerajaan yang sedia ada. Tetapi hakikatnya tiada satu pun isi yang dikeluarkan mampu memberi manfaat kepada rakyat.

Buktinya jelas sekali, sehingga ke hari ini Pakatan Harapan masih tiada kata sepakat untuk membentangkan perancangan yang jelas dan teratur tentang urus tadbir mereka ‘jika’ menang kelak.

Malah, kecelaruan dan kemelut dalam isu pembahagian kerusi juga mereka tidak dapat tangani dengan baik. Ini pula ingin mentadbir negeri Johor yang semakin hari semakin maju ke hadapan.

Hal ini terjadi kerana setiap parti dalam Pakatan Harapan mempunyai dasar yang berbeza-beza. Jadi mustahil untuk mereka bermuafakat, bersatu dan bergabung buah fikiran bagi mendapatkan kata sepakat dari setiap parti.

Jelas, parti-parti yang bergabung dalam Pakatan Harapan tidak mempunyai hubungan yang erat dan setia kawan dalam memperjuangkan nasib rakyat. Hal ini berlaku kerana setiap parti dalam Pakatan Harapan itu sendiri mempunyai agenda peribadi iaitu ingin merebut kuasa. Perkara ini sangat bahaya jika rakyat terus-terusan mempercayai Pakatan Harapan.

Jadi bersediakan bangsa Johor ditadbir oleh Pakatan Harapan yang tidak mempunyai hala tuju sebenar?

Jika tanya kepada saya, sudah tentu saya tidak rela melepaskan negeri Johor ini ke tangan Pakatan Harapan yang masih celaru dengan hala tuju mereka dan hanya mampu menabur harapan palsu kepada rakyat.

Kepercayaan saya masih teguh bersama Datuk Seri Mohamed Khaled Bin Nordin. Hanya beliau sahaja yang lebih layak mengemudi negeri Johor ke arah yang lebih baik dan mensejahterakan rakyat. Dan keyakinan ini lebih kuat apabila beliau merancang pelan sepuluh tahun akan datang yang akan menyaksikan dekad baharu Johor.

Kesimpulannya, tidak mungkin untuk Pakatan Harapan mengambil alih negeri Johor yang sudah ditadbir dengan baik dan teratur oleh Datuk Seri Mohamed Khaled Bin Nordin.

DHIA HANI adalah aktivis Persatuan Pemikir Muda Johor. Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tiada kena mengena dengan Malaysian Access.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here