Bajet 2018 memansuhan kutipan tol di Batu Tiga, Shah Alam dan Sungai Rasau menandakan kejayaan rakyat negeri Selangor bangkit menuntut hak mereka selepas beberapa tahun berjuang.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut mengucapkan tahniah kepada rakyat negeri ini yang bangkit untuk mendesak kerajaan persekutuan supaya tunduk kepada kehendak rakyat.

“Hari ini kerajaan persekutuan tunduk kepada rakyat dan batalkan tol di Batu Tiga. Ini kejayaan rakyat negeri Selangor  yang bangkit tolak sistem tol yang dikenakan kerajaan persekutuan,” katanya.

Kerajaan menerusi Bajet 2018, hari ini mengumumkan pemansuhan kutipan tol tertentu di Selangor, Kedah, dan Johor.

Berita gembira itu disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan langkah pemansuhan akan mula dilaksanakan mulai 1 Januari 2018.-SINAR

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here