Pihak kerajaan seharusnya mengunakan segala ruang atau platform melalui proses pembentangan Bajet 2018 pada jumaat ini sebagai saluran untuk mengatasi isu gelaja dan ketagihan merokok dikalangan masyarakat negara kita.

Gejala merokok kini dilihat bukan sahaja berlaku dikalangan golongan dewasa malah turut mempengaruhi golongan bawah umur seperti golongan kanak – kanak dan remaja yang masih dibangku sekolah. Sebelumnya perkara ini menjadi bertambah serius dimasa akan dating, pelbagai langkah perlu diambil oleh pihak kerajaan bagi menghadapi gejala ini.

Salah satu cara yang telah diberikan oleh beberapa individu dalam negara kita sepanjang minggu ini ialah dengan mencadangkan supaya harga rokok dinaikkan secara mendadak iaitu sebanyak RM50 serta RM100 sekotak serta dengan mengenakan cukai yang tinggi terhadap bahan tembakau khusus yang digunakan untuk menghasilkan rokok.

Cara ini dilihat amat berkesan terutamanya dari aspek psikologi iaitu dengan mengenakan beban perbelanjaan yang lebih tinggi terhadap semua perokok serta pada masa yang sama dapat membendung golongan muda khususnya mereka yang masih bersekolah daripada menjebakkan diri mereka ke dalam masalah ketagihan merokok.

Hasil daripada kenaikkan harga dan cukai terhadap rokok ini kemudiannya dapat digunakan sepenuhnya oleh pihak kerajaan untuk memberi pendidikan dan kesedaran kepada masyarakat umum mengenai bahaya merokok melalui usaha kempen, pengedaran poster, penganjuran diskusi atau syarahan umum kepada masyarakat mengenai masalah ketagihan serta bahaya rokok.

Yang paling penting ia dapat membantu segala bentuk program dan aktiviti yang boleh dijalankan disemua sekolah dalam negara kita bagi memberi pendidikan dan kesedaran peringkat awal kepada golongan belia supaya mereka tidak mengambil rokok serta menjadi ketagih terhadapnya.

Lebihan hasil yang berkaitan dalam negara kita bagi memudahkan mereka menjalankan kajian dan penyelidikan bagi mencari jalan membantu individu – individu mengatasi masalah ketagihan merokok serta mencari jalan penyelesaian terhadap segala isu yang berkaitan dengan rokok.

Hasil yang diperolehi juga boleh digunakan bagi menambahbaik mutu perkhidmatan penguatkuasaan yang berkaitan dengan kawalan penjualan rokok sedia ada dalam negara serta usaha membenteras kegiatan rokok seludup. Banyak lagi manfaat dan faedah yang boleh diberikan melalui platform pembentangan Bajet 2018 khusus bagi mengatasi masalah gejala merokok ini sekiranya pihak kerajaan serta semua pihak benar – benar serius untuk mengatasi masalah ketagihan merokok dikalangan masyarakat dalam negara kita.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here