Pembentangan Bajet 2018 telah selesai dibentangkan dengan penuh bergaya oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di parlimen semalam. Dengan menggunakan tema yang eksklusif “Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi dan Ukhrawi Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi #TN50, Bajet 2018” ternyata kerajaan Barisan Nasional (BN) telah mempamerkan betapa jauh realistiknya Bajet 2018 kali ini jika dibandingkan dengan Bajet Alternatif 2018 ciptaan Pakatan Harapan (PH) yang jelas menjanjikan bulan dan bintang semata-mata.

Melalui bajet kali ini, Perdana Menteri telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM280.25 bilion untuk tahun 2018 iaitu peningkatan sebanyak RM19.45 bilion berbanding RM260.8 bilion pada tahun 2017. Disifatkan sebagai “ibu segala bajet”, ternyata banyak berita gembira yang diumumkan oleh Perdana Menteri yang jelas menunjukkan betapa kerajaan amat prihatin terhadap keperluan rakyat pada masa kini. Bermula dari sekecil-kecil bayi yang baru dilahirkan sehingga ke warga emas, dari golongan pekerja profesional sehingga ke golongan petani dan nelayan, malah tidak lupa juga setiap lapisan pelajar dari sekolah rendah sehingga ke alam universiti, ternyata kerajaan BN dilihat tidak terlepas pandang bagi mensejahterakan kehidupan rakyat.

Apa yang lebih menarik, kerajaan BN menunjukkan sikap yang adil apabila tanpa mengira apa jua fahaman politik, kemanisan Bajet 2018 kali ini tetap dirasai oleh pembangkang. Sebagai contoh, walaupun kerajaan DAP Pulau Pinang yang acap kali melontarkan fitnah demi fitnah terhadap kerajaan, namun BN tetap memainkan peranannya selaku pentadbir negara yang profesional dengan mengumumkan dua projek bertaraf mega untuk rakyat Pulau Pinang iaitu menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang serta membina pusat rawatan kanser serta dewan bedah di Hospital Balik Pulau. Apa lagi yang kerajaan DAP Pulau Pinang mahu hebohkan? Sedangkan tol Sungai Nyior di sana pun masih teguh memungut hasil walaupun pada tahun 2008 Ketua Menteri, Lim Guan Eng sendiri dengan angkuh pernah menjanjikan untuk memansuhkan kutipan tol berkenaan. Takkan itu pun mereka tidak mampu lakukan sehingga sekarang?

Selain daripada itu, golongan nelayan, petani dan penternak yang langsung dilupakan dalam Bajet Alternatif PH 2018 turut menerima durian runtuh daripada kerajaan BN. Dengan lebih RM6 bilion diperuntukkan terhadap kumpulan ini supaya terus berdaya saing dan relevan tatkala ekonomi global kini yang dalam keadaan tidak menentu. Tidak ketinggalan, begitu juga dengan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) serta Warga Emas yang turut menerima manfaat bajet yang bersifat dinamik ini. Kedua-dua golongan ini juga telah dilupakan oleh PH kerana sibuk memberi fokus kononnya hendak membantu rakyat yang tinggal di bandar.

Bagi rakyat Sabah dan Sarawak pula, kerajaan BN telah berjanji memperuntukkan RM 20 bilion buat mereka bagi tahun 2018. Jumlah tersebut termasuk kos pembinaan projek mega jajaran Lebuhraya Pan Borneo, menaik taraf sistem elektrik dan air di kawasan luar bandar, pembinaan Lapangan Terbang Mukah, menaik taraf sistem komunikasi dan jaringan internet serta membaik pulih sekolah-sekolah usang dan uzur di kawasan pedalaman. Kesemua ini langsung tidak disentuh dalam Bajet Alternatif PH 2018. Masakan disentuh, ini kerana PH sendiri telah menyatakan peruntukkan bagi kedua-dua negeri ini adalah sebanyak RM75 bilion untuk tempoh 5 tahun. Ini bermakna kerajaan negeri masing-masing hanya menerima RM15 bilion setahun sahaja. Bukankah itu tidak mencukupi? Bukankah itu menunjukkan Bajet Alternatif PH berat sebelah?

Jika PH mendakwa bajet mereka adalah yang terbaik dan Bajet 2018 rekaan BN hanya mahu “menggula-gulakan rakyat“ sempena pilihanraya umum yang akan menjelma tidak lama lagi, ternyata PH silap dan patut rasa malu. Bajet 2018 BN kali ini ternyata diyakini dan jauh lebih baik meliputi pelbagai aspek, bertanggungjawab serta lebih realistik.

Memetik kata-kata ucapan YAB Perdana Menteri di sesi pembentangan bajet sebentar tadi, “Oleh semuanya itu, maka, ter-Nyahlah segala apapun bentuk keraguan yang cuba dipolemikkan oleh pakatan pembangkang. Realitinya, pakatan pembangkanglah sebenarnya yang selama ini berada dalam keraguan. Mereka ragu dengan kepimpinan mereka, mereka curiga-mencurigai antara satu sama lain, malah, mereka saling guna-mempergunakan sesama sendiri, dengan izin Tuan Yang DiPertua dalam Bahasa Inggeris there is no certainty in political leadership, how can they be trusted to provide a sound economic leadership

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here