Malaysia perlu memainkan peranan dengan mendesak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) agar bertindak tegas dan tidak membiarkan satu lagi episod hitam rakyat Palestin berulang.

Syria Care dalam satu kenyataan, mengutuk keras keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang memindahkan kedutaan negara itu dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

“Tindakan itu dianggap sebagai pengkitirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel oleh pentadbiran Rumah Putih.

“Ia sekaligus merestui pendudukan Baitulmaqdis dan wilayah Arab oleh Yahudi,” menurut kenyataan itu.

Pengumuman yang dibuat Trump itu juga secara langsung mengukuhkan cengkaman regim Zionis ke atas kawasan itu dan menjejaskan sama sekali usaha rakyat Palestin untuk menuntut kembalinya selepas jatuh ke tangan Yahudi dalam Perang Arab Israel 1967.-SINAR

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here