Bahasa Melayu

Hari ini ramai pejuang bahasa Melayu tampil ke depan mempertahan kedaulatan bahasa kebangsaan selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah memberi persetujuan untuk kelonggaran syarat kelayakan Lulus Bahasa Melayu peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk pelantikan secara kontrak ke jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41 di KKM. Sehubungan dengan itu, semua graduan perubatan yang berkelayakan untuk dilantik secara kontrak sebagai Pegawai Perubatan UD41 untuk menjalani latihan siswazah selama 2 tahun dan khidmat wajib selama 2 tahun adalah diberi kelonggaran kepada syarat lulus Bahasa Melayu ini.

Ramai golongan pejuang ini berpandangan tindakan KKM dan JPA ini sebagai penghinaan kepada bahasa kebangsaan dan dianggap tidak menuruti kehendak Perlembagaan Persekutuan. Namun, KKM tetap mempertahankan langkah berkenaan dan menetapkan kelonggaran ini hanya untuk pegawai lantikan kontrak dan untuk lantikan tetap syarat lulus Bahasa Melayu peringkat SPM masih berkuatkuasa.

Sebenarnya terdapat dua kesan penting yang boleh dilihat daripada perspektif berbeza terhadap langkah ini. Satu berkaitan dengan langkah praktikal KKM untuk menempatkan golongan doktor dan pegawai perubatan secara pantas di hospital-hospital Kerajaan dan kedua ialah aspek rasa cinta terhadap bahasa itu sendiri.

Jika diteliti kesan pertama, langkah KKM ini harus difahami sebagai usaha untuk memberikan perkhidmatan perubatan terbaik dan berkualiti kepada rakyat. Usaha ini sebenarnya bertujuan mendapatkan lebih banyak kepakaran dan menempatkan mereka secara kontrak untuk tujuan menampung kekurangan doktor atau pegawai perubatan di hospital-hospital Kerajaan. Secara relatifnya, ini dapat mengurangkan masa menunggu dan meningkatkan keupayaan hospital-hospital Kerajaan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Padangan seperti ini sebenarnya yang dilihat oleh KKM dan dengan jelas tindakan ini bukan bertujuan untuk meminggirkan bahasa Melayu sebagai tunjang penyatuan, perpaduan dan lambing kemegahan negara Malaysia. Isu ini lebih kepada salah faham terhadap usaha baik Kerajaan. Namun begitu, sikap sensitif golongan pejuang bahasa dan kebimbangan segelintir ahli akademik terhadap isu ini juga wajar diperhalusi.

Bahasa Melayu harus diletakkan pada kedudukan sewajarnya dan kebimbangan yang diutarakan oleh golongan pejuang bahasa ini termasuk Pemuda UMNO memiliki asas penting kerana kemungkinan skim perkhidmatan lain dalam Kerajaan juga akan menjadikan tindakan KKM ini sebagai pembuka jalan untuk lebih banyak skim perkhidmatan lantikan secara kontrak mengabaikan keperluan bahasa Melayu.

Sehubungan itu, JPA perlu bersedia menyediakan mekanisme untuk menangani hal ini, misalnya kelulusan untuk kelonggaran seperti ini hanya diberikan kepada bidang-bidang kritikal dan mengikut keperluan semasa sahaja. Malahan keputusan yang diberikan terhadap KKM itu juga tidak wajar dikekalkan untuk tempoh lama dan perlu dilihat semula apabila bilangan doktor atau pegawai perubatan di hospital telah dapat diseimbangkan.

Kita tidak mahu keputusan di peringkat Jabatan atau Kementerian ini memberikan persepsi negatif terhadap Kerajaan secara keseluruhannya dan isu seperti ini perlu ditangani dengan baik bagi memastikan Kerajaan sentiasa dilihat mewakili seluruh peringkat masyarakat.

1 COMMENT

  1. ketika consultation dengan patient, pegawai perubatan a.k.a. doktor lebih selesa berbicara menggunakan standard english.. biarlah dia sorang je yang paham.. lantaklah patient nganga je apa kejadah doktor cakap.. doktor ni kerja dia bukan macam lawyer cakap berjela-jela.. doktor yang baik ialah action speak louder than his words.. cakap serupa bikin.. dalam operation theatre, doktor bedah pakai mask dan hanya guna bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengan staff lain.. yang penting doktor tu ada passion merawat pesakit.. bukan senang tau nak cari manusia yang sanggup luangkan masa dia study bersungguh-sungguh macam mana nak selesaikan masalah pesakit. nak pikir prosedur perubatan bagai.. bukan macam lawyer burok cakap putar belit sana-sini, kelentong tunggang-terbalik..

    in short, kerajaan harus perketatkan lagi syarat nak jadi peguam bertauliah di malaysia. mesti dapat sekurang-kurangnya A- subjek bahasa melayu spm.. bukan apa kan.. agak menghina bila melihat lawyer tergagap-gagap, mengalami kesulitan ketika berbicara dalam bahasa melayu.. katanya lebih selesa dalam british english.. tapi yang buroknya cakap english pun lintang-pukang tak dengar macam british accent pun.. entah apa nak jadi lah lawyer sub-standard yang malaysia ada sekarang ni.. tak percaya?? cuba tengok macam mana ahli parlimen dewan rakyat malaysia.. punya beriya-iya nak menang pilihan raya banyak penggal.. tapi cakap bahasa melayu dan english pun bunyi haram jadah.. contohnya lim kit siang bekas ketua pembangkang yang berangan nak jadi perdana menteri malaysia ke-7 tu.. sepatutnya lawyer ni mestilah serba boleh boleh cakap bahasa baku, bahasa pasar.. ni bahasa baku pun tak reti? entah mereka ni study ke bahasa baku tu apa ke benda..

    doktor bukan hanya perlu pandai bahasa baku.. biasanya ketika consultation dengan pesakit.. doktor biasanya guna bahasa rojak bahasa pasar je.. yang penting patient paham apa kena buat.. kena makan ubat. kena rehat. kena exercise.. and so on.. medical term yang complicated tu biar yang profesional je uruskan..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here