Saturday, August 19, 2017
Home News Sport Badminton : Punch Gunalan, Legenda Badminton Satu Dalam Sejuta

Badminton : Punch Gunalan, Legenda Badminton Satu Dalam Sejuta

114
0
Punch Gunalan

HARIMAU mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

Itulah perumpaan paling sesuai untuk menggambarkan kehebatan Datuk Punch Gunalan ketika bergelar jaguh badminton negara pada 1960-an hingga 1970-an.

Badminton adalah segala-galanya buat Punch. Sukan itu bukan saja telah memberi banyak ke­gembiraan dan ke­masy­huran kepada­nya, malah pernah mengundang ke­sedihan serta kekecewaan.

Kerana badminton, Punch disegani, dikenang dan memiliki ramai kawan di seluruh dunia, namun kerana badminton jugalah, beliau pernah kehilangan kawan.

Sejak memulakan karier­nya pada awal 1960-an de­ngan muncul juara Kejohanan Badminton Negeri Sembilan dalam acara perseorangan, beregu lelaki dan beregu campuran, Punch tidak lagi menoleh ke belakang.

Bersama seorang lagi legenda iaitu Ng Boon Bee, mereka berjaya me­menangi emas pertama Sukan Komanwel di Edin­burgh, Scotland pada 1970. Pada tahun yang sama pasangan ini meraih emas Sukan Asia di Bangkok.

Selain digeruni di peringkat Ko­manwel dan Asia, Punch juga berjaya mengharumkan nama negara dalam Sukan SEA apa­bila memenangi emas acara perseorangan dan beregu dalam temasya tersebut pada 1973 di Singapura.

Emas pertama yang dimena­ngi Punch dalam temasya dwitahunan itu adalah pada 1969 di Myan­mar dalam acara perseora­ngan dan 1971 di Kuala Lumpur dalam acara beregu lelaki.

Selepas bersara sebagai pemain, Olahragawan Kebangsaan 1969 dan 1974 itu meneruskan sumbangannya dalam sukan badminton de­ngan beralih ke bidang kejurulatihan apabila membim­bing skuad badminton negara.

Beliau menjadi individu yang bertanggungjawab me­mimpin Malaysia menjuarai Piala Thomas pada 1992.

Legenda badminton Malaysia itu menghembuskan nafas ter­akhir pada pukul 6.20 pagi pada 15 Ogos 2012 ketika berusia 68 tahun selepas terlantar sakit selama dua minggu.

Umum mengetahui bahawa bintang tangan kanan itu antara pemain badminton paling hebat pernah dimiliki oleh Malaysia kerana beliau bukan sahaja ja­guh dalam perseorangan, malah acara beregu.

Beliau juga memiliki dereta gelaran All England dalam ke­dua-dua acara tersebut sepanjang kariernya yang gemilang.

Kredit Sumber: http://www.utusan.com.my/sukan/badminton/punch-gunalan-legenda-badminton-satu-dalam-sejuta-1.502195#ixzz4mgz95Me6

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here