Selebriti Azwan Ali hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya bagi menyerahkan dokumen yang didakwa membuktikan amalan rasuah dan kemewahan melampau abangnya Datuk Seri Azmin.

Bercakap kepada pemberita, beliau bagaimanapun enggan menamakan abangnya yang juga menteri besar Selangor secara khusus.

Bagaimanapun, di Instagram, Azwan bertindak sebaliknya dengan merujuk dokumen berkenaan berkaitan abangnya serta “konco-konconya”.

“Saya bawa banyak bukti. Tapi saya bocorkan sikit.

“Saya hadir (ke SPRM) untuk kes salah laku rasuah dan kemewahan melampau. Siapa (pemimpin itu)? Tiada komen.

“Saya serahkan dokumen yang relevan dan bukti yang sangat kukuh,” katanya yang turut mendakwa telah menyimpan bukti berkenaan sejak beliau mula menjadi artis.

Dokumen-dokumen itu disampaikan Azwan yang turut dikenali sebagai Diva AA dalam satu sampul surat besar.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berjumpa dengan Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here