Satu laporan polis akan dibuat selebriti popular Azwan Ali berhubung salah laku kepimpinan tertinggi Selangor yang juga merupakan abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Sinar Online difahamkan laporan itu akan dibuat pada Khamis ini di Balai Polis Dang Wangi yang mengaitkan Menteri Besar Selangor itu.

Ketika dihubungi, Azwan bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

“Tunggu sahaja harinya nanti… Buat masa ini saya tak mahu cakap apa-apa lagi,” ujarnya ringkas.

Ditanya, apakah ia masih berkaitan rasuah Mohamed Azmin, Azwan hanya ketawa kecil.

“Saya akan dedahkan semuanya…,” katanya.

Sebelum ini Azwan sudah menghantar ‘bukti’ kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai salah laku dan rasuah yang dikatakan ada hubung kait dengan Azmin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here