Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan bahawa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dijangka akan bertanding di Parlimen Shah Alam pada Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14).

Perkara tersebut dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pilihanraya Pakatan Harapan (Harapan) Selangor yang ke-2 di Pejabat Jabatan Pilihan Raya Keadilan Selangor di Vista Alam, di sini hari ini.

Mengikut sumber yang berada dalam mesyuarat itu mendedahkan, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin pula akan bertanding di Parlimen Hulu Langat.

“PKR dijadualkan akan bertanding di kedua-dua kerusi berkenaan yang sebelum ini ditandingi oleh Pas.

“Bagaimanapun perkara ini masih dalam perbincangan dan memerlukan persetujuan semua rakan dalam komponen,” katanya. – Sinar Harian –

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here