Datuk Khairuddin Aman Razali Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas berkata,Pas kekal dengan pendirian tidak akan mengadakan sebarang bekerjasama politik dengan PKR, khususnya dalam menghadapi PRU14 yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura Ulamak pada Mei lalu.

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali Menteri Besar Selangor, bahawa partinya itu bersedia membuka pintu untuk berunding bersama Pas dianggap sebagai satu usahanya sahaja.

“Kita masih tetap kecuali apabila beliau (Mohamed Azmin) keluar PKR dan sertai Pas, barulah kita boleh bincang dan bekerjasama,” katanya.

Pas turut konsisten menentang Pindaan Rang Undang-undang (RUU) Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164].

“Tindakan kita yang seterusnya adalah mengemukakan resolusi dan cadangan kita kepada menteri berkaitan iaitu Datuk Seri Azalina Othman Said dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Kita juga akan bertemu secara rasmi mereka berdua pada Isnin nanti,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Pas juga akan melibatkan NGO untuk membawa isu itu kepada pihak berkepentingan seperti Majlis Raja-raja.

“Selain itu kita juga menggerakkan masyarakat untuk memahami isu ini supaya dapat bersama dengan kami.

“Perjuangan ini bukan hanya pandangan Pas, tapi juga NGO Islam bahawa pindaan Akta 164 adalah pindaan yang bercanggah dengan Perlembangaan dan peruntukan udang-undang sedia ada,” katanya.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here