Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menasihatkan kesemua ADUN di negeri itu bagi membuat permotanyaan di pejabat daerah mereka atau berjumpa beliau secara peribadi jika mereka berhadapan masalah mendapatkan peruntukan negeri bagi tujuan pembangunan.

Beliau berkata ia merupakan pendekatan yang betul dan bukan melibatkan pihak istana untuk campur tangan berkaitan urusan pentadbiran.

“Semua ADUN. In fact, pembangkang pun kita bagi. Inilah satu-satunya negeri yang memberi peruntukan untuk pembangkang.

“Namun, sekiranya ada masalah perlaksanaan, ADUN berkenaan boleh jumpa DO (pegawai daerah) kerana DO merupakan pengawal kewangan.

Pintu terbuka, bincang

“Atau boleh berjumpa saya. Pintu saya selalu terbuka. Kita boleh bincang. Soal pentadbiran jangan heret istana untuk menyelesaikannya,” kata beliau.

Beliau menjelaskan pada setiap tahun, pentadbirannya memperuntukkan sejumlah wang untuk tujuan pembangunan .

“Bagi setiap ADUN ada peruntukan pembangunan tahunan mulai 1 Januari. Namun pada awal tahun penyaluran kepada DO mengambil masa,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here