Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali gagal dalam percubaannya cabar keputusan ketua audit negara yang mengklasifikasikan laporan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai rahsia rasmi.

Ianya selepas Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Kamaludin Mat Said menolak semakan kehakiman yang dikemukakan atas alasan permohonan tersebut tidak mempunyai merit.

Melalui penghakimannya, Kamaludin berkata,  Timbalan Presiden PKR itu tidak mempunyai hak yang sah di sisi undang-undang (locus standi) untuk mencabar keputusan ketua audit negara.

Kamaludin turut memberikan keputusan yang sama terhadap permohonan yang dikemukakan seorang ahli Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Peribumi) iaitu Muhammad Zahid Mat Arip yang turut mengemukakan permohonan serupa.

Azmin dan Muhammad Zahid selaku pemohon memfailkan permohonan semakan kehakiman  itu secara berasingan dengan menamakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak; bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang; dan kerajaan Malaysia sebagai responden.

Permohonan tersebut melibatkan isu mengikut Peruntukan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 untuk mencabar pengelasan laporan itu sebagai sulit bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here