Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali membalas sindiran perdana menteri berkaitan masalah air di negeri itu dengan membangkitkan isu banjir di Pekan, kawasan parlimen Datuk Seri Najib Razak.

Azmin berkata kerajaan Selangor berjaya menyelesaikan masalah banjir di “pekan Kajang” ketika keadaan di Pekan, Pahang berbeza sama sekali.

“Ini satu lagi kejayaan Selangor iaitu dapat mengatasi masalah banjir di pekan Kajang untuk jangka masa panjang berbanding masalah banjir di Pekan, Pahang yang sehingga hari ini gagal ditangani dengan bertanggungjawab.

“Semalam di Parlimen hangat. Pepatah Melayu mengingatkan kita semua, kuman di seberang laut nampak tapi gajah depan mata tak nampak.

“Inilah masalah sesetengah orang hari ini,” katanya ketika berucap di majlis menaik aras dan penstabilan jambatan tebing Sungai Jelok di Kajang.

Kenyataan Azmin itu dibuat dipercayai ekoran ‘pertikaian’ bersama Najib pi Parlimen semalam.

Dalam sesi soal jawab lisan semalam, Azmin mengajukan soalan mengapa kerajaan pada tahun ini membelanjakan RM31 bilion untuk membayar faedah hutang negara dan adakah ia kerana kesan 1MDB.

Bagaimanapun, soalan Azmin kepada Najib itu dijawab dengan sindiran apabila presiden Umno itu berkata:

“Masalah kemelut air di Selangor lebih kritikal.”

Walaupun disindir, Azmin bagaimanapun mengakui bahawa masalah air di Selangor memberi kesan kepada rakyatnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here