Dua pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman dan Mohd Akid Aziz masing-masing muncul selaku juara Asia dalam kelas masing-masing di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC), hari ini.

Azlan muncul juara keseluruhan kelas SuperSports 600cc selepas menamatkan perlumbaan akhir musim 2017 di Buriram di tangga ketiga dengan jumlah 155 mata keseluruhan.

Penamat ketiga yang diraih pada Perlumbaan 2 di Buriram itu membolehkan dirinya memintas pendahulu sebelum ini, Zaqhwan Zaidi untuk bergelar juara buat kali kedua selepas meraihnya pada 2013.

Pelumba pasukan Manual Tech KYT Kawasaki Racing itu memulakan perlumbaan dari petak keempat dan diberi tentangan sengit dalam kelompok empat pelumba hadapan oleh Chalermpol Polaimai, Anthony West, Thitipong Warokorn manakala Apiwat Wongthananon bersendirian, selesa mendahului di depan.

Selepas berada di kedudukan keempat pada satu ketika, Azlan terpaksa mengerah jentera pada saat akhir untuk menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga dengan masa keseluruhan 29 minit 59.060 saat.

Apiwat muncul juara dengan masa keseluruhan 29’53.158s manakala West menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua, 29’55.549s.

“Pasukan kami bekerja keras sepanjang malam untuk menyiapkan jentera selepas prestasi tidak begitu baik ketika perlumbaan pertama semalam,” kata Azlan.

“Dari awal perlumbaan saya tahu yang saya perlu menamatkan perlumbaan di kedudukan terbaik.

“Pada masa sama juga saya perlu menjaga tayar saya sehingga ke penamat. Strategi saya berjaya dan membantu untuk memintas Chalermpol pada pusingan terakhir.”

Zaqhwan pula menamatkan perlumbaan di tangga ketujuh dan meletakkannya selaku naib juara keseluruhan dengan 153 mata.

Sementara itu, Md Akid Aziz mencatat sejarah tersendiri apabila muncul juara keseluruhan pertama dalam kelas Underbone 150cc sekali gus turut menamatkan penantian juara underbone dari Malaysia selepas kali terakhir dimenangi Mohd Affendi Rosli pada 2009.

Pelumba UMA Racing Yamaha Maju Motor itu menamatkan perlumbaan di kedudukan kelapan untuk mengumpul 177 mata keseluruhan, 12 mata mengatasi naib juara, Wahyu Aji Trilaksana (Yamaha Racing Indonesia) manakala tempat ketiga keseluruhan menjadi milik rakan sepasukan Akid, Md Haziq Md Fairus yang mengumpul 141 mata keseluruhan selepas menamatkan perlumbaan terakhir musim 2017 di tempat ketujuh.

“Saya menghadiahkan kemenangan ini kepada pasukan, keluarga dan juga rakyat Malaysia. Pada perlumbaan akhir tadi saya lebih berhati-hati kerana tidak mahu kesilapan semalam berulang dan merancang strategi terbaik bersama Haziq.

“Syukur kerana akhirnya kami berjaya memenangi gelaran individu selepas turut berjaya menjuarai kategori berpasukan,” kata Akid.

Gelaran ini adalah gelaran keseluruhan kedua Akid pada tahun 2017 selepas muncul juara keseluruhan CP115 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS.

________________________________________________________________________

KEPUTUSAN

SuperSports 600CC

1) Apiwat Wongthananon (THA) Yamaha Thailand Racing TEAM 29:53.158s

2) Anthony West (AUS) Akeno Speed Racing 29:55.549s

3) Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 29:59.060s

4) Chalermpol Polaimai (THA) Yamaha Thailand Racing Team 29:59.543s

5) Thitipong Warokorn (THA) Kawasaki Thailand Racing Team 29:59.656s

Kedudukan Keseluruhan Individu

1) Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 155 mata

2) Md Zaqhwan Zaidi (MAS) MUSASHi Boon Siew Honda Racing 153 mata

3) Taiga Hada (JPN) RAMA Honda by NTS T.Pro Ten 10 149 mata

4) Yuki Ito (JPN) Yamaha Racing 141 mata

5) Ahmad Yudhistira (INA) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 125 mata

Kedudukan Keseluruhan Pasukan

1) Manual Tech KYT Kawasaki Racing (Kawasaki) 182 mata

2) Yamaha Thailand Racing Team (Yamaha) 165 mata

3) MUSASHi Boon Siew Honda Racing (Honda) 161 mata

4) RAMA Honda by NTS T.Pro Ten 10 (Honda) 155 mata

5) Yamaha Racing (Yamaha) 151 mata

Asia Production 250CC

1) Tomoyoshi Koyama (JPN) RAMA Honda 19:09.799s

2) Anupab Sarmoon (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 19:09.839s

3) Gerry Salim (INA) Astra Honda Racing Team 19:17.532s

4) Peerapong Luiboonpeng (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 19:18.376s

5) Peerapong Boonlert (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 19:18.460s

Kedudukan Keseluruhan Individu

1) Gerry Salim (INA) Astra Honda Racing Team 215 mata

2) Tomoyoshi Koyama (JPN) RAMA Honda 188 mata

3) Anupab Sarmoon (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 188 mata

4) Rheza Danica Ahrens (INA) Astra Honda Racing Team 149 mata

5) Takehiro Yamamoto (JPN) Supra Studio HONDA IKAZUCHI Racing Team 138 mata

________________________________________________________________________

KEDUDUKAN KESELURUHAN PASUKAN

1) Astra Honda Racing Team (Honda) 257 mata

2) RAMA Honda (Honda) 188 mata

3) YAMAHA Thailand Racing TEAM (Yamaha) 188 mata

4) Supra Studio HONDA IKAZUCHI Racing Team (Honda) 138 mata

5) Yamaha Racing Indonesia (Yamaha) 122 mata

Underbone 150cc

1) Azroy Hakeem Anuar (MAS) Yuzy Honda Vietnam Racing Team 16’46.680s

2) Wahyu Aji Trilaksana (INA) Yamaha Racing Indonesia 16’46.786s

3) Md Helmi Azman (MAS) ONEXOX TKKR Racing Team 16’46.859s

4) Md Amirul Ariff Musa (MAS) Yuzy Honda Vietnam Racing Team 16’47.088s

5) Anggi Setiawan (INA) Yamaha Yamalube WR KYT TJM Racetech Racing 16’46.854s

Kedudukan Keseluruhan Individu

1) Md Akid Aziz (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor 177 mata

2) Wahyu Aji Trilaksana (INA) Yamaha Racing Indonesia 165 mata

3) Md Haziq Md Fairues (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor 141 mata

4) Md Helmi Azman (MAS) ONEXOX TKKR Racing Team 134 mata

5) Azroy Hakeem Anuar (MAS) Yuzy Honda Vietnam Racing Team 119 mata

Kedudukan Keseluruhan Pasukan

1) UMA Racing Yamaha Maju Motor (Yamaha) 214 mata

2) Yamaha Racing Indonesia (Yamaha) 165 mata

3) Yuzy Honda Vietnam Racing Team (Honda) 163 mata

4) SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team (Honda) 146 mata

5) ONEXOX TKKR Racing Team 139 mata

Sumber :– Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here