Pelajar #AF2015 Aziah berakhir di minggu kelima selepas namanya diumumkan sebagai peserta ketiga tersingkir malam tadi dan ini bermakna berakhirnya perjalanan pelajar ini  di #AF2015

Seakan-akan menerima ketentuan tersebut, Aziah yang berasal dari Sabah kelihatan tenang memeluk dan mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakannya sebelum mengambil bagasi yang telah disediakan.

Dengan bertemakan runut bunyi, Aziah telah membawakan lagu berjudul ‘Teruja & Generasiku’  yang merupakan tema filem ‘Gol & Gincu itu menerima peratusan undian terendah sebanyak 6.92%.

Manakala dua pelajar lain yang turut berada di kedudukan terendah adalah Iqwan dan Sharul.

Iqwan yang terselamat pada minggu kelima ini ternyata menarik nafas lega walaupun persembahannya di kritik hebat oleh juri tetap, pelakon Rozita Che Wan (Che Ta).

Selain Che Ta, konsert keempat itu juga turut diserikan dengan kehadiran Dato’ Ramli MS sebagai juri tetap manakala juri jemputan pula adalah penyanyi popular Indonesia, Afgan.

Penyingkiran Aziah  diumumkan oleh hos #AF2015, Zizan Razak dan Faizal Ismail.

Konsert Ketiga  #AF2015 bersiaran secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Saksikan Diari #AF2015 pula akan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 9.00 malam.

#AF2015 akan bersiaran secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Untuk menyaksikan video eksklusif persembahan pelajar #AF2015, sila layari www.af.com.my.

Terlepas aksi #AF2015?

Muat turun aplikasi Astro on the Go di www.astroonthego.com, kemudian anda boleh saksikan bintang #AF2015 kegemaran anda di mana bila-bila masa dan di mana sahaja.

Sumber: Astro Gempak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here