Sebentuk awan berbentuk orang solat berkupiah sedang duduk dalam keadaan tahiyat akhir di langit senja bandar Sibu menjadi viral di media sosial.

Facebook Info Sarawak memuatkan tiga foto yang dikatakan dirakam pada petang Ahad selepas waktu Maghrib.

Info Sarawak menulis, “Ahad 17.7.2016: Subhanallah.. Berlaku pada petang tadi di Dataran Bandar Sibu, seakan-akan bentuk awan menyerupai manusia bersongkok yang sedang membuat tahiyat akhir.

Pos berkaitan dikongsi 4,001 netizen sekitar 2.40 pagi dan dibaca 6,800 rakan.
Turut merespons Info Sarawak dengan memuat naik foto tambahan dari sudut berbeza sebagai respons ialah Pat Patricia.

Mohd Raili merespons “subhanallah” dengan menambah satu foto dari perspektif lain yang diambil dari laman Pulau Lihua, Sibu.

Pak Usu memuat naik foto dengan perspektif “wide” dengan komen “Auk bena Admin snap shoot dri video yang kmk record dri hp kawan… waktu magrib 7.24pm dlm masa 3 minit awan trus berubah..”

Putra Jojo sempat merakam foto dari keretanya dengan memuatkan komen “Dalam kete saya tadi petang 17.7.2016 MASYAALLAH.”

Sementara itu, pemilik akaun Khalifah Islam memuat naik video di YouTube berdurasi 26 saat menggunakan telefon aplikasi Android bertajuk “Renungan untuk keimanan” yang baru ditonton 98 pengunjung setakat 2.30 pagi.

Perakam video menggambarkan, “Suasana di Sibu pada petang Ahad jam 7.24 petang. Awannya seperti… Subhanallah…” dengan rakan lain di sebelahnya mencelah bahawa bulu romanya terasa meremang menyaksikan fenomena tersebut.

Sebahagian pembaca berasa teruja dengan sebahagiannya menulis komen keinsafan.
Manakala, sebahagian pengunjung memberi komen sepintas lalu bahawa pelbagai bentuk dan gambaran di langit adalah fenomena biasa dan sekadar corak awan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here