Etnik minoriti Rohingya diperlakukan bagai haiwan.

Mereka tinggal di bahagian termiskin di Myanmar, dan gerakan dan akses mereka terhadap pekerjaan sangat terbatas.

Sejak sekian lama etnik minoriti yang dianggap bukan warganegara oleh kerajaan Myanmar itu  telah diseksa – ditendang, dibakar, dirogol, ditembak. Rumah, masjid dan kampung mereka dibakar militan radikal Buddha.

PBB menyifatkan Rohingya sebagai minoriti paling mendapat perlakuan buruk di dunia.

 

 

Siapa yang berkelakuan ganas itu? Pasukan keselamatan dan tentera Myanmar.

 

Pemimpin de facto Myanmar Aung San Suu Kyi, pemenang Hadiah Nobel paling hipokrit berdalih.

Militer Myanmar  berkata, mereka  mempunyai hak untuk membela diri daripada serangan tengganas.

Namun asal kata Rohingya, dan bagaimana mereka muncul di Myanmar, menjadi isu kontroversial.

Masyarakat Myanmar menegaskan mereka sudah menetap di kawasan itu sejak beratus-ratus tahun lalu.

Namun, kerajaan Myanmar berkeras bahawa mereka ialah pendatang baharu dari subkontinen India.

Banyak pihak kini mengecam dan mengkritik ketidakpedulian Suu Kyi, kerana gagal melindungi Rohingya.

Kini banyak pihak mahu hadiah Nobel Kedamaian dimenanginya dicabut.

Pelapor khusus PBB soal hak asasi manusia untuk Myanmar Yanghee Lee mengatakan bahawa Suu Kyi berada dalam posisi yang sulit namun tetap mengkritiknya karena tidak mengecam kekerasan-SV

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here