Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) digesa untuk menjalankan siasatan terhadap penubuhan sayap Armada yang didakwa tidak termaktub di dalam perlembagaan Bersatu.

Bekas exco Armada, Mohamad Taufik Abas yang mendedahkan perkara itu melihatnya sebagai penipuan terbesar Bersatu terhadap ahli-ahlinya dan juga orang muda yang percaya dengan kewujudan sayap parti tersebut.

“Perkara ini terbongkar ketika saya membuat semakan rasmi di RoS untuk melihat semula perkara berkaitan pemecatan saya sebagai exco Armada. Tapi saya sangat terkejut apabila mendapati sebenarnya Armada itu sendiri tidak wujud dalam perlembagaan parti.

“Dalam perlembagaan Bersatu yang diluluskan RoS hanya ada Sayap Pemuda dan Srikandi sahaja, tidak ada Armada. Jadi ini juga bermakna pemecatan saya tidak wujud,” katanya pada satu sidang media, semalam.

Selain Mohamad Taufik, sidang media itu turut dihadiri oleh dua bekas exco Armada iaitu Muhammad Syazwan Ahmad Zainal dan Wahazir Abd Wahabi.-SINAR

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here