MHA_Trending_250815_Apple Watch Sport.jpeg

Jika anda seorang pengguna Apple, aksesori paling baharu yang perlu dipadankan dengan telefon sudah pasti Apple Watch Sport.

Meskipun jam pintar terbabit agak lambat dipasarkan berbanding versi lain di pasaran, ia masih mampu menarik perhatian pembeli terutama kaki gajet Apple.

Rekaannya memaparkan dua butang di bahagian tepi kanan dengan butang pertama berbentuk bulat yang dipanggil

Digital Crown.

Apabila ditekan, ia akan membawa si pemakainya ke skrin utama. Boleh dikatakan, ia bertindak sebagai butang Home bagi penggunanya.

Pada masa sama, Digital Crown juga boleh diputarkan untuk mengoperasikan arahan tertentu seperti zum dan skrol.

Manakala satu lagi butang berfungsi untuk membawa penguji terus kepada senarai Contacts.

Antaramuka Apple Watch Sport juga boleh ditukar kepada pelbagai jenis reka bentuk. Pengguna hanya perlu menekan butang Digital Crown sebanyak dua kali untuk membolehkan akses ke senarai aplikasi.

Bagaimanapun, senarai aplikasi dipaparkan secara berselerak dengan ikon berbentuk bulat. Untuk melihat setiap aplikasi tersebut, pemakai perlu menggunakan putaran Digital Crown untuk tujuan zoom mengecil dan membesarkan ikon aplikasi tersebut.

Selain itu, melayari aplikasi dari satu muka ke muka lain tidak mendatangkan masalah. Seperti dijangkakan, Apple menggunakan kesempatan akibat kelewatan pasaran jam pintar di pasaran dengan memastikan gajet mereka lebih baik berbanding produk lain.

Apa tidaknya, jika anda pemakai iPhone, anda tidak mengalami masalah mengoperasikan Apple Watch Sport.

Aplikasi yang terdapat pada jam pintar ini sudahpun tersedia pada iPhone. Contohnya, aplikasi panggilan, mesej, pelayar, peta dan navigasi, cuaca, kalendar dan galeri gambar.

Beberapa aplikasi khas pada Apple Watch Sport seperti aplikasi Fitness dan Workout dengan sensor terbina boleh memaparkan aktiviti harian yang dilakukan pengguna seperti jarak berjalan, kalori yang berjaya dibakar serta masa yang direkodkan selain notifikasi untuk memberi peringatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here