PELAKON jelita Anzalna telah berkongsi gambar wajahnya dijadikan comot. Sudahlah comot, gila pula itu. Sebagai pelakon,  untuk menjiwai watak, kadang-kadang anda perlu menjadi buruk ataupun comot. Tidak ramai pelakon sedia ada yang berani berbuat demikian. Hanya segelintir sahaja dan salah seorangnya Anzalna Nasir.

Sebenarnya ia adalah watak Anzalna dalam drama berjudul Memori Cinta Suraya. Drama ini sedang rancak di tayangkan di Astro Bella, Mustika HD dan juga Astro Prima setiap Isnin sehingga Jumaat bermula jam 6:30 petang. Walaupun comot, tetapi masih terserlah kecantikkannya. Ada juga peminat yang berseloroh, orang gila cantik.

Anzalna memegang watak utama iaitu Suraya sebuah kisah yang diadaptasikan dari drama telenovela Mexico. Sebelum ini Anzalna pernah menyatakan hasratnya untuk berlakon dalam telenovela seperti Maria Mercedes. Tercapai sudah impian pelakon cantik ini.

Dalam sibuk mempromosikan dramanya itu, khabarnya Anzalna akan mengeluarkan produknya sendiri. Produk yang diberi nama Anzel Hair sebenarnya produk rambut. Memang sesuai sangat kerana lihat sahaja rambut Anzalna yang sentiasa cantik. Kalau anda mahu memiliki rambut yang cantik seperti Anzalna, nantikan pengumuman produk tersebut ya.

Sumber: Era fm

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here