Anwar
Image via FMT

Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji akan memberikan fakta telus dalam suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berkaitan kerugian besar Bank Negara akibat urus niaga pertukaran wang asing di era Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas timbalan perdana menteri bagaimanapun berkata beliau tidak akan sesekali “diheret untuk diperalatkan dalam gelanggang politik”.

“Peringatan saya agar jangan ia dijadikan momok politik untuk menyerang musuh tertentu, khususnya Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya.

Kerajaan semalam mengumumkan anggota RCI, yang berkuat kuasa pada 15 Julai lalu yang ditugaskan untuk mengemukakan laporan kepada Yang di-Pertuan Agong dalam tempoh tiga bulan.

Dalam kenyataan daripada penjara Sungai Buloh, Anwar berkata beliau mengalu-alukan kesediaan kerajaan menubuh RCI yang akan dipengerusikan oleh pengerusi Petronas Tan Sri Mohamed Sidek Hassan itu.

“Selaku menteri kewangan yang meredakan masalah tersebut dan menerima peletakan jawatan pegawai yang bertanggungjawab iaitu Tan Sri Nor Mohamed Yakcop serta Gabenor Bank Negara pada ketika itu, Tan Sri Jaafar Hussein, saya akan memberikan kerjasama penuh kepada RCI ini,” katanya. – Malaysiakini –

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here